Thursday, March 28, 2013

PERATURAN BILIK DARJAH

·         Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.
·         Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.
·         Antara penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa membentuk peraturan ialah:
- Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
- Peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan
  dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah.
- Hadkan bilangan peraturan.Peraturan yang terlalu
  banyak akan mengelirukan murid-murid.
- Peraturan yang dibina seharusnya adil dan bertujuan
  membantu proses pembelajaran.
- Elakkan daripada menggunakan perkataan “jangan”.
- Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan
  sekolah  dan tidak bercanggah denganya.

CONTOH-CONTOH PERATURAN DI BILIK DARJAH






Untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jalan raya, wujudnya peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pemandu...tanpa peraturan? kita sendiri tahu apa akibatnya. Justeru itu, pembinaan atau penetapan peraturan dan rutin bilik darjah amat penting bagi mewujudkan kelas yang berdisiplin dan terurus.  

Thursday, March 14, 2013

BAB 4 :PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH


Setelah melihat kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kelas Cikgu Danial. Mari kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi masalah tersebut dengan memahami model-model yang terdapat dalam Pengurusan Bilik Darjah.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

*      Model Modifikasi Tingkah Laku  B.F.Skinner
*      Model Disiplin Asertif Lee Canter
*      Model Akibat Logikal Rudolf Dreikurs
*      Model Pengurusan Kelompok Jacob S. Kounin
*      Model Terapi Realiti  William Glasser

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

§  Diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner ( 1904- 1990).
§  Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
§  Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif.
- pengeguhan positif: murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik
  seperti tidak membuat bising ,melakukan kerja rumah dengan baik dan
  menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran.
- peneguhan negatif : sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, sebagai tindakan atau peneguhan guru itu akan merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
§  Menggunakan dendaan  ke atas tingkah laku murid yang salah atau tidak diingini.
§  Peneguhan berkala.

   Model Disiplin Asertif Canter

§  Diasaskan oleh Lee and Marlene  Canter pada tahun 1976.
§  Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
§  Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid  ialah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan bilik darjah perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancer.
§  Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif iaitu secara berkeyakinan dan tegas.
§  Guru beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

   Jenis-Jenis Guru Dalam  Model Disiplin Asertif Canter

Guru yang agresif : lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur.
Guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.
Guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan.





Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
• perlu ditangani dengan berhemah
• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model Akibat Logikal Dreikurs

§  Diasaskan oleh Rudolf  Dreikurs (1897-1972)
§  Dreikurs  menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
§   Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
§  Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Motif-motif tingkah laku bermasalah:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi yang berkesan untuk guru menangani salah laku murid:

• Sentiasa berkomunikasi perkara yang positif.
• Menggalakkan peningkatan murid
• Mengenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• Galakkan murid semangat bekerjasama
• Menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi

 Model Pengurusan Kelompok Kounin

§  Diasaskan oleh Jacob Kounin(1971).
§  Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
§  Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.
§  kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan.(overlapping)

Contoh: dalam gerak kerja berkumpulan, guru ini Berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu.
§  Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius.
§  Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
§  Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh.
§  Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
§  Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Model Terapi Realiti oleh William Glasser
§  
      Diasaskan oleh William Glasser
§ Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat.
-  Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.
§     Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
§     Keperluan-keperluan asas termasuk:
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
- Kurikulum yang berkualiti
- Kualiti pengajaran.
§   Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.
§   Kesan-kesan terapi realiti :
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid.
Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Membina bilik darjah yang berkualiti

• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid.
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul sesuatu masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan


Wednesday, March 13, 2013

Geng, meh la kite try game cuba teka ABC nie….

Game ini sangat best…tetapi sebelum apa-apa mari kite baca kenapa game ni di namakan cuba teka ABC. Nama cuba teka ABC ni diambil sebab ianya berkaitan dengan abjad A-Z. Objektif game ni sebenarnya untuk mendatangkan semula semangat pelajar untuk terus belajar apabila mereka menunjukkan reaksi yang membosankan dan lemah. Masa yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama iaitu 5 minit hingga ke 10 minit sahaja.

 Langkah pelaksanaan:
     1) Guru menyuruh semua murid berdiri
     2) Kemudian guru akan meminta seorang pelajar untuk memilih secara bebas satu huruf abjad seperti A,B,S,K hingga Z.
     3) Berdasarkan huruf yang telah dipilih oleh murid tadi, guru akan mengketegorikan huruf tersebut contonya haiwan, buah-buahan, nama negeri dan sebagainya berdasarkan kreatif guru tersebut.
     4) Jika pelajar hendak duduk maka pelajar perlu mengangkat tangan dan menjawab soalan cikgu tadi. Contohnya N untuk nenas
     5) Guru akan meminta pelajar lain untuk memilih huruf lain sekiranya semua pelajar sudah tidak dapat menjawab.
     6) Maka seterusnya sama seperti diatas.

 Kelebihan game cuba teka ABC:
 1) Dapat memperkasakan kosa kata dan pengetahuan mereka
 2) Dapat membina suasana kelas yang sentiasa membina jati diri pelajar
 3) Murid akan seronok untuk berlumba-lumba untuk menjawab

 Semoga game ni bermanfaat kepada pembaca-pembacanye..hehe

 Syukran…


Tuesday, March 12, 2013

AKTIVITI MENARIK DATANG LAGI!!!!


2) Sampul Ajaib


Mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah aktiviti ini dijalankan? biar saya terangkan. Pertamanya, guru perlu menyediakan beberapa sampul berlainan warna yang setiap satunya diisi dengan tajuk aktiviti yang berbeza-beza. Contoh tajuk aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti bercerita, senaman, nyanyian dan sebagainya. Tajuk aktiviti  tersebut terpulang kepada kreativiti guru tersebut mempelbagaikan aktiviti yang ingin dijalankan dalam kelas dari semasa ke semasa. Sebelum memulakan proses p&p, wakil murid akan memilih salah satu sampul yang disediakan. Kemudian, guru akan membuka sampul tersebut dan akan menjalankan aktiviti berdasarkan tajuk yang terdapat di dalam sampul yang telah dipilih. Contohnya, Ahmad telah memilih sampul berwarna merah dan tajuk aktiviti dalam sampul tersebut adalah nyanyian maka aktiviti yang akan dilakukan adalah berdasarkan nyanyian. Oleh itu, murid-murid diberi peluang untuk memilih lagu yang ingin dinyanyikan. Kemudian mereka menyanyi beramai-ramai dan setelah habis menyanyi proses p&p dijalankan seperti biasa.

Kenapa saya lakukan aktiviti ini?kerana saya yakin murid- murid sukakan aktiviti yang menarik dan mereka akan berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Selain itu, mereka juga diberi peneguhan yang positif apabila mereka diberi peluang untuk memilih. Mereka juga sentiasa menunggu masa subjek tersebut tiba kerana tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya serta dapat menarik perhatian mereka terhadap pembelajaran selanjutnya.

JOM BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA

Situasi

"ish..ish….apa nak jadi dengan kelas ni”, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra” murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing”, arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Justeru itu, sebagai ajk disiplin,kami sedaya upaya memikirkan cara untuk memperbaiki tingkah laku murid-murid dalam kelas tersebut..Semoga dengan aktiviti yang kami rancang ini dapat mewujudkan suasana kelas baik..

Jom kita hayati aktiviti-aktiviti ini bersama-sama.

1)  Kotak Selami Perasaan Saya
  
Aktiviti ini diberi nama "Selami Perasaan Saya" di mana aktiviti ini dilakukan untuk memperbaiki dan menyelesaikan  masalah tingkah laku & disiplin murid  yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Aktiviti "Selami Perasaan Saya"  merupakan satu aktiviti yang akan melibatkan semua murid di dalam kelas tersebut dan dilakukan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Melalui aktiviti ini, setiap murid dapat meluahkan perasaan dan apa harapan yang diharapkan oleh setiap murid kepada rakan-rakannya dengan menulisnya di atas sekeping kertas. Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Setelah mereka mendengar semua luahan dan harapan, diharapkan supaya luahan tersebut dapat dilaksanakan oleh setiap murid semasa proses p&p. Sebagai contoh, murid A berharap supaya rakannya tidak mengganggunya lagi. Oleh hal yang demikian, apabila rakannya mendengar harapan atau luahan tersebut, mereka akan sedar bahawa tingkah laku yang dilakukannya sebenarnya tidak disukai rakannya yang lain. Diharapkan dengan terlaksananya aktiviti sebegini sebagai rutin harian, masalah tingkah laku akan berkurangan dan proses p& p dapat dilaksanakan dengan baik.

Pelaksanaan Aktiviti  

- Aktiviti dilaksanakan sebelum proses p&p.
- Masa yang di peruntukkan selama 5 minit.
- Guru menyediakan sebuah kotak kosong.
- Guru mengagihkan kepingan kertas kepada setiap pelajar untuk ditulis harapan dan luahan.
- Kemudian kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
- Guru membaca satu persatu kepingan kertas tersebut di hadapan kelas.
- Murid memberi perhatian dan mendengar dengan baik setiap harapan rakan-rakan mereka.
- Guru menegaskan bahawa harapan-harapan tersebut akan dijadikan peraturan pada masa tersebut dan begitulah pada hari berikutnya. 

Thursday, March 7, 2013


BAB 3 : Hubungan Guru - Murid

Pengenalan

Hubungan yang baik dan dan positif antara guru dengan murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak serta dapat meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Kepentingan Hubungan Guru- Murid
Kebaikan kepada guru
§  Menaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar.
§  Murid lebih senang dikawal.
§  Murid memberi kerjasama di dalam p&p.
§  Menaikkan imej guru.

Kebaikan kepada murid
§  Murid lebih berminat untuk belajar.
§  Murid lebih memberikan kerjasama kepada guru.
§  Meningkatkan pencapaian akademik murid.
§  Murid lebih bermotivasi untuk belajar.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Guru- Murid
·         Penampilan dan bahasa badan.
·         Tingkah laku guru.
·         Menunjukkan contoh teladan yang baik.
·         Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid
·         Mengingati nama murid.
·         Tanam semangat cintakan kelas.
·         Agihkan tanggungjawab bersama.
·         Tetapkan jangkaan yang realistik.
·         Tunjukkan keprihatinan.
·         Masukkan unsur kecindan.

Amalan Budaya Penyayang
·         Menurut Larrivee, 2005, budaya penyayang terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa perhubungan.
·         Ciri-ciri utama dalam menerapkan budaya penyayang dalam bilik darjah:
-          Hormat
-          Autentik
-          Keprihatinan
-          Integriti emosi
Hormat
·         Konsep asas dalam hormat ialah penerimaan. Seorng guru boleh menunjukkan rasa hormat kepada muridnya dengan menerima murid itu sebagai dirinya. Selain itu, guru juga mendengar dan memberi peluang kepada muridnya untuk menyuarakan pandangan, emosi dan masalah yang dihadapi muridnya.

Autentik
·         Sifat Autentik ialah:
-          Menjadi diri sendiri.
-          Memberi maklum balas dengan jujur.
-          Tidak takut untuk mengaku bersalah.
-          Bertanggungjawab atas tingkah laku diri sendiri.
-          Menyedari emosi sendiri dan orang lain serta dapat mengawalnya.

Keprihatinan
·         Keprihatinan guru terhadap anak muridnya menjadi asas dalam mewujudkan amalan berkasih sayang di dalam bilik darjah.
·         Keprihatinan wujud apabila seorang guru:
-          Bertimbang rasa.
-          Mengambil berat.
-          Boleh berkongsi masalah.
-          Saling bekerjasama.
-          Peka kepada kehendak dan emosi orang lain.

Integriti emosi
·         Integriti emosi wujud berasaskan kejujuran dalam komunikasi dan interaksi serta saling mempercayai.
·         Integriti emosi adalah jujur dalam meluahkan pendapat dan emosi serta mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku tersebut.
·         Contoh integriti emosi:
1.    Berbincang secara langsung persepsi murid pada setiap masa.
“ Cikgu rasa awak macam tidak setuju dengan perkara yang kita akan lakukan sekejap lagi. Sebelum kita mula,baik awk bincangkan dahulu apa yang awak tidak puas hati”

2.    Tegur kelakuan murid yang kurang menyenangkan.
“ Nanti dulu. Cikgu rasa kurang senang dengan cara awak bercakap tadi. Cikgu  tidak akan mulakan aktiviti sekiranya awak terus berkelakuan begitu”.

3.    Mendapatkan akauntabiliti murid.
 Apabila awak melawan cikgu. Cikgu rasa sedih dan akan mendenda awak. “Cikgu tak nak buat begitu. Cuba kamu beritahu cikgu kenapa awak melawan cikgu tadi ?’

4.    Proaktif semasa berdepan dengan masalah tingkah laku murid.
“Cikgu agak kecewa dengan kelas kita. Kita telah sama-sama bersetuju dengan peraturan kelas. Semasa cikgu tiada beberapa orang telah sengaja melanggar peraturan kita. Cikgu ingat kita telah sepakat untuk sama-sama menjaga nama baik kelas kita”.

·         Strategi mengamalkan budaya penyayang ialah :
-          Menyerapkan sifat mengambil berat.
-          Membina semangat kekitaan dan kepunyaan.
-          Guru mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid.
-          Komited dengan usaha yang berterusan.