Peranan guru dalam bilik darjah adalah
berperanan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Menurut Jere
Brophy,pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan guru untuk
membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan
persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran(p&p).
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
·
Persekitaran
pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid yang dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
·
Persekitaran ini
dapat berupaya untuk untuk meransang minat dan semangat murid untuk terus
belajar.
·
Persekitaran
pembelajaran yang kondusif merangkumi:
1. persekitaran fizikal
2. persekitaran psikososial
3. peraturan dan rutin bilik
darjah
1. Persekitaran Fizikal
Aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah
- Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam
bilik darjah.
-
Sumber bahan pembelajaran.
-
Ruang atau sudut pembelajaran.
-
Ruang pada dinding.
-
Pencahayaan,pengudaraan dan perabot.
- Kebersihan.
2. Persekitaran Psikososial
Ciri-ciri persekitaran psikososial yang baik:
- Suasana mesra dan selesa.
- Bebas daripada ancaman dan bahaya
fizikal.
- Perasaan murid diterima.
- Sensitif dan peka kepada perbezaan
individu.
- Suasana yang meransang pembelajaran.
- Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan
perkongsian idea.
- Menggalakkan pembelajaran koperatif.
- Memberi peluang yang sama kepada semua
murid.
3. Peraturan dan Rutin Bilk Darjah
·
Peraturan ialah
kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik
darjah.
·
Peraturan juga
merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.
·
Antara penekanan
yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa membentuk peraturan ialah:
- Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
- Peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan
dipersetujui oleh murid
dalam bilik darjah.
- Hadkan bilangan peraturan.Peraturan yang terlalu
banyak akan mengelirukan
murid-murid.
- Peraturan yang dibina seharusnya adil dan bertujuan
membantu proses
pembelajaran.
- Elakkan daripada menggunakan perkataan “jangan”.
- Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan
sekolah dan tidak bercanggah dengannya.
- Contoh peraturan dan rutin bilik darjah:
1. Menepati masa.
2. Menghormati guru dan rakan.
3. Menghormati harta benda orang lain.
4. Menjaga kebersihan bilik darjah.
5. Menumpukan perhatian .
6. Mematuhi peraturan sekolah dan lain-lain.
terbaikkk abg mun . (Y)
ReplyDelete