BAB 3 : Hubungan Guru - Murid
Pengenalan
Hubungan yang baik dan dan positif antara guru dengan murid boleh
meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak serta dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
Kepentingan Hubungan Guru- Murid
Kebaikan kepada guru
§ Menaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar.
§ Murid lebih senang dikawal.
§ Murid memberi kerjasama di dalam p&p.
§ Menaikkan imej guru.
Kebaikan kepada murid
§ Murid lebih berminat untuk belajar.
§ Murid lebih memberikan kerjasama kepada guru.
§ Meningkatkan pencapaian akademik murid.
§ Murid lebih bermotivasi untuk belajar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Hubungan Guru- Murid
·
Penampilan dan bahasa badan.
·
Tingkah laku guru.
·
Menunjukkan contoh teladan yang
baik.
·
Persekitaran pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Strategi Membina Hubungan Positif
Guru-Murid
·
Mengingati nama murid.
·
Tanam semangat cintakan kelas.
·
Agihkan tanggungjawab bersama.
·
Tetapkan jangkaan yang realistik.
·
Tunjukkan keprihatinan.
·
Masukkan unsur kecindan.
Amalan Budaya Penyayang
·
Menurut Larrivee, 2005, budaya
penyayang terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan
kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu
sama lain dan jujur semasa perhubungan.
·
Ciri-ciri utama dalam menerapkan
budaya penyayang dalam bilik darjah:
-
Hormat
-
Autentik
-
Keprihatinan
-
Integriti emosi
Hormat
·
Konsep
asas dalam hormat ialah penerimaan. Seorng guru boleh menunjukkan rasa hormat
kepada muridnya dengan menerima murid itu sebagai dirinya. Selain itu, guru
juga mendengar dan memberi peluang kepada muridnya untuk menyuarakan pandangan,
emosi dan masalah yang dihadapi muridnya.
Autentik
·
Sifat
Autentik ialah:
-
Menjadi
diri sendiri.
-
Memberi
maklum balas dengan jujur.
-
Tidak
takut untuk mengaku bersalah.
-
Bertanggungjawab
atas tingkah laku diri sendiri.
-
Menyedari
emosi sendiri dan orang lain serta dapat mengawalnya.
Keprihatinan
·
Keprihatinan
guru terhadap anak muridnya menjadi asas dalam mewujudkan amalan berkasih
sayang di dalam bilik darjah.
·
Keprihatinan
wujud apabila seorang guru:
-
Bertimbang
rasa.
-
Mengambil
berat.
-
Boleh
berkongsi masalah.
-
Saling
bekerjasama.
-
Peka
kepada kehendak dan emosi orang lain.
Integriti emosi
·
Integriti
emosi wujud berasaskan kejujuran dalam komunikasi dan interaksi serta saling
mempercayai.
·
Integriti
emosi adalah jujur dalam meluahkan pendapat dan emosi serta mempunyai
akauntabiliti atas tingkah laku tersebut.
·
Contoh
integriti emosi:
1. Berbincang secara langsung
persepsi murid pada setiap masa.
“ Cikgu rasa awak macam tidak setuju dengan perkara yang kita akan
lakukan sekejap lagi. Sebelum kita mula,baik awk bincangkan dahulu apa yang
awak tidak puas hati”
2. Tegur kelakuan murid yang
kurang menyenangkan.
“ Nanti dulu. Cikgu
rasa kurang senang dengan cara awak bercakap tadi. Cikgu tidak akan mulakan aktiviti sekiranya awak
terus berkelakuan begitu”.
3. Mendapatkan akauntabiliti
murid.
Apabila awak melawan cikgu. Cikgu rasa sedih
dan akan mendenda awak. “Cikgu tak nak buat begitu. Cuba kamu beritahu cikgu
kenapa awak melawan cikgu tadi ?’
4. Proaktif semasa berdepan
dengan masalah tingkah laku murid.
“Cikgu agak kecewa
dengan kelas kita. Kita telah sama-sama bersetuju dengan peraturan kelas.
Semasa cikgu tiada beberapa orang telah sengaja melanggar peraturan kita. Cikgu
ingat kita telah sepakat untuk sama-sama menjaga nama baik kelas kita”.
·
Strategi
mengamalkan budaya penyayang ialah :
-
Menyerapkan
sifat mengambil berat.
-
Membina
semangat kekitaan dan kepunyaan.
-
Guru
mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid.
-
Komited
dengan usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment