Wednesday, March 6, 2013

BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan

Peranan guru dalam bilik darjah adalah berperanan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Menurut Jere Brophy,pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran(p&p).

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif

·         Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid yang dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
·         Persekitaran ini dapat berupaya untuk untuk meransang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
·         Persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi:
                 1. persekitaran fizikal
                 2. persekitaran psikososial
                 3. peraturan dan rutin bilik darjah

      1.     Persekitaran Fizikal
              Aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah
                 - Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah.
           - Sumber bahan pembelajaran.
           - Ruang atau sudut pembelajaran.
           - Ruang pada dinding.
           - Pencahayaan,pengudaraan dan perabot.
           - Kebersihan.

2.     Persekitaran Psikososial
       Ciri-ciri persekitaran psikososial yang baik:
           - Suasana mesra dan selesa.
           - Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
           - Perasaan murid diterima.
           - Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
           - Suasana yang meransang pembelajaran.
           - Mewujudkan komunikasi terbuka  dan menggalakkan
             perkongsian idea.
           - Menggalakkan pembelajaran koperatif.
           - Memberi peluang yang sama kepada semua murid.

3.     Peraturan dan Rutin Bilk Darjah

      ·         Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.
      ·         Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.
      ·         Antara penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa membentuk peraturan ialah:
                - Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
                - Peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan
                  dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah.
                - Hadkan bilangan peraturan.Peraturan yang terlalu
                  banyak akan mengelirukan murid-murid.
                - Peraturan yang dibina seharusnya adil dan bertujuan
                  membantu proses pembelajaran.
                - Elakkan daripada menggunakan perkataan “jangan”.
                - Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan 
                  sekolah  dan tidak bercanggah dengannya.
  •   Contoh peraturan dan rutin bilik darjah:

1.    Menepati masa.
2.    Menghormati guru dan rakan.
3.    Menghormati harta benda orang lain.
4.    Menjaga kebersihan bilik darjah.
5.    Menumpukan perhatian .
6.    Mematuhi peraturan sekolah dan lain-lain.


Wednesday, February 27, 2013

BAB 1 : PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH


Konsep Pengurusan Bilik Darjah

  • Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai satu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlansung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 
  • Menurut  Alberto & Troutman(1986) dalam Buku Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah,Laku,pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan, dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran
  • Pengurusan bilik darjah adalah suatu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan P&P serta mencapai matlamat tertentu.

          Matlamat

            1. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai.


         2. Membentuk suasana pembelajaran yang positif.


         3. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru -murid dan murid-murid


         4. Mengurangkan masalah disiplin  dan lain-lain.



  • Peraturan dan pengurusan rutin  juga penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru menetapkan peraturan dan prosedur pada awl tahun persekolahan. Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka dia akan menerima akibat yang positif dan begitu juga dengan sebaliknya.
  • Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah perancangan rapi iaitu guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan,menentukan kekautan dan kelemahan P&P, memberikan perhatian kepada hubungannya dengan murid serta mengetahui tentang keperluan murid-murid.
  • Selain keperluan fisiologi dan psikologi, murid juga mempunyai keperluan akademik.Ia termasuk keperluan untuk.:

      -          Memahami objektif pengajaran.
      -     Melibatkan diri secara dengan aktif dalam proses pembelajaran.
      -     Berinteraksi secara positif dengan rakan.
      -     Berkati dengan kehidupan seharian dan minat murid.
      -     Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi.
      -     Pengalaman kejayaan.
      -     Maklum balas yang tepat dan realistik.



Ciri-Ciri Guru Yang Efektif dalam Pengurusan Bilik Darjah

 Guru yang efektif ialah guru yang dapat:
      
 -          Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
 -          Membentuk suasana yang dapat meransang murid-murid untuk belajar dan berusaha melakukan yang terbaik.
 -          Menggunakan masa p&p dengan efisien.

 Aspek yang dinilai dalam ciri-ciri guru yang efektif ialah:
       
 -          Kualiti peribadi
 -          Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
 -          Penghayatan dan amalan nilai murni

Kualiti peribadi
         Guru yang bersemangat dan proaktif.
         Guru yang peka dan sensitif terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid.
         Guru yang bersikap peramah, mesra dan berusaha mengenali muridnya.

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
         Guru yang mempunyai pengetahuan yang luas sama ada pengetahuan am atau iktisas.
         Pengetahuan guru termasuklah pengetahuan pedagogi dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Penghayatan dan amalan nilai murni
         Guru hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan dalam Kod Etika Profesion Keguruan.