AKTIVITI MENARIK DATANG LAGI!!!!
2) Sampul Ajaib
 |
|
Mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah aktiviti ini dijalankan? biar saya terangkan. Pertamanya, guru perlu menyediakan beberapa sampul berlainan warna yang setiap satunya diisi dengan tajuk aktiviti yang berbeza-beza. Contoh tajuk aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti bercerita, senaman, nyanyian dan sebagainya. Tajuk aktiviti tersebut terpulang kepada kreativiti guru tersebut mempelbagaikan aktiviti yang ingin dijalankan dalam kelas dari semasa ke semasa. Sebelum memulakan proses p&p, wakil murid akan memilih salah satu sampul yang disediakan. Kemudian, guru akan membuka sampul tersebut dan akan menjalankan aktiviti berdasarkan tajuk yang terdapat di dalam sampul yang telah dipilih. Contohnya, Ahmad telah memilih sampul berwarna merah dan tajuk aktiviti dalam sampul tersebut adalah nyanyian maka aktiviti yang akan dilakukan adalah berdasarkan nyanyian. Oleh itu, murid-murid diberi peluang untuk memilih lagu yang ingin dinyanyikan. Kemudian mereka menyanyi beramai-ramai dan setelah habis menyanyi proses p&p dijalankan seperti biasa.
Kenapa saya lakukan aktiviti ini?kerana saya yakin murid- murid sukakan aktiviti yang menarik dan mereka akan berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Selain itu, mereka juga diberi peneguhan yang positif apabila mereka diberi peluang untuk memilih. Mereka juga sentiasa menunggu masa subjek tersebut tiba kerana tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya serta dapat menarik perhatian mereka terhadap pembelajaran selanjutnya.
As salam...aktiviti yg bagus coz mampu menaikkan mood pelajar...siyeeeezzzzzz...hehehe :)
ReplyDeletesalam, aktiviti ini dilaksanakan untuk menarik perhatian murid sebelum memulakan proses p&p.. diharapkan dengan terlaksananye aktiviti sebegini, murid-murid dapt menunjukkan respon yang positif semasa p&p..tq
Deletebgus..menarik..
ReplyDeletenak tnya. y aktiviti pelbagai tu, hanya satu aktiviti dalam satu masa p&p? atau akan ada pelbagai dlm satu p&p?
faizfikri bella: terima kasih... maksudnye kat cini...murid akan pilh satu sampul n hanya akan buat satu aktiviti untuk satu p&p dan begitulah seterusnya..guru kna sntiasa update tajuk aktiviti setiap minggu supaya murid tidak bosan dengan tajuk aktiviti yg same...
Deletesalam, xtiviti menarik... berapakah anggaran masa yang boleh digunakan untuk xtiviti ini
ReplyDeletesalam,syukran..masa yang diambil lebih kurang lima minit sbb xnak mengambil masa p&p terlalu panjang...
Deletesalam, adakah pengisian aktiviti merangkumi isi p n p?
ReplyDeletewsalam,pengisian aktiviti terpulang kepada guru tersebut sama ade dijadikan sebagai set induksi ataupun hanya untuk hiburan bagi menarik minat pelajar sebelum memulakan proses p&p...lau ade sbrg cadangan or penambah baikan..blehlah kongsi ek..tq
DeleteSalam. Aktiviti yang menarik :) Maksudnya, seorang murid sahaja yang akan memilih sampul, namun semua murid akan terlibat dalam melaksanakan aktiviti tersebut?
ReplyDeletewsalam,ye tpi akan dilakukan secara bergilir2..
Delete