Game ini sangat best…tetapi sebelum apa-apa mari kite baca kenapa game ni di namakan cuba teka ABC. Nama cuba teka ABC ni diambil sebab ianya berkaitan dengan abjad A-Z. Objektif game ni sebenarnya untuk mendatangkan semula semangat pelajar untuk terus belajar apabila mereka menunjukkan reaksi yang membosankan dan lemah. Masa yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama iaitu 5 minit hingga ke 10 minit sahaja.
Langkah pelaksanaan:
1) Guru menyuruh semua murid berdiri
2) Kemudian guru akan meminta seorang pelajar untuk memilih secara bebas satu huruf abjad seperti A,B,S,K hingga Z.
3) Berdasarkan huruf yang telah dipilih oleh murid tadi, guru akan mengketegorikan huruf tersebut contonya haiwan, buah-buahan, nama negeri dan sebagainya berdasarkan kreatif guru tersebut.
4) Jika pelajar hendak duduk maka pelajar perlu mengangkat tangan dan menjawab soalan cikgu tadi. Contohnya N untuk nenas
5) Guru akan meminta pelajar lain untuk memilih huruf lain sekiranya semua pelajar sudah tidak dapat menjawab.
6) Maka seterusnya sama seperti diatas.
Kelebihan game cuba teka ABC:
1) Dapat memperkasakan kosa kata dan pengetahuan mereka
2) Dapat membina suasana kelas yang sentiasa membina jati diri pelajar
3) Murid akan seronok untuk berlumba-lumba untuk menjawab
Semoga game ni bermanfaat kepada pembaca-pembacanye..hehe
Syukran…
salam,game yg menarik...game ini dilakukan semasa p&p atau sebelum p&p bermula? adakah isi pelajaran tidak akan terganggu jika mengambil masa yg agak panjang? apakah yg akan berlaku kepada murid yg tidak dapt menjawab atau masih berdiri dalam masa yg ditetapkan???
ReplyDeletebaguslah aktiviti ni... cuma ada sedikit kekeliruan... game ni dapat memperkasakan TATABAHASA atau dapat memperkasakan KOSA KATA..? ^_^ TQ...
ReplyDeletegame ini dapat memperkasakan KOSA KATA..maaf di atas kekeliruan..lau ade cadangan or penambahbaikan,blehlah comment ye..terima kasih
Delete