Situasi
"ish..ish….apa nak jadi dengan kelas ni”, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra” murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing”, arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
Justeru itu, sebagai ajk disiplin,kami sedaya upaya memikirkan cara untuk memperbaiki tingkah laku murid-murid dalam kelas tersebut..Semoga dengan aktiviti yang kami rancang ini dapat mewujudkan suasana kelas baik..
Jom kita hayati aktiviti-aktiviti ini bersama-sama.
1) Kotak Selami Perasaan Saya
Aktiviti ini diberi nama "Selami Perasaan Saya" di mana aktiviti ini dilakukan untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah tingkah laku & disiplin murid yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Aktiviti "Selami Perasaan Saya" merupakan satu aktiviti yang akan melibatkan semua murid di dalam kelas tersebut dan dilakukan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Melalui aktiviti ini, setiap murid dapat meluahkan perasaan dan apa harapan yang diharapkan oleh setiap murid kepada rakan-rakannya dengan menulisnya di atas sekeping kertas. Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Setelah mereka mendengar semua luahan dan harapan, diharapkan supaya luahan tersebut dapat dilaksanakan oleh setiap murid semasa proses p&p. Sebagai contoh, murid A berharap supaya rakannya tidak mengganggunya lagi. Oleh hal yang demikian, apabila rakannya mendengar harapan atau luahan tersebut, mereka akan sedar bahawa tingkah laku yang dilakukannya sebenarnya tidak disukai rakannya yang lain. Diharapkan dengan terlaksananya aktiviti sebegini sebagai rutin harian, masalah tingkah laku akan berkurangan dan proses p& p dapat dilaksanakan dengan baik.
Pelaksanaan Aktiviti
- Aktiviti dilaksanakan sebelum proses p&p.
- Masa yang di peruntukkan selama 5 minit.
- Guru menyediakan sebuah kotak kosong.
- Guru mengagihkan kepingan kertas kepada setiap pelajar untuk ditulis harapan dan luahan.
- Kemudian kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
- Guru membaca satu persatu kepingan kertas tersebut di hadapan kelas.
- Murid memberi perhatian dan mendengar dengan baik setiap harapan rakan-rakan mereka.
- Guru menegaskan bahawa harapan-harapan tersebut akan dijadikan peraturan pada masa tersebut dan begitulah pada hari berikutnya.
Moga perkongsian aktiviti ini dapat mengatasi masalah disiplin para murid di dalam bilik darjah..
ReplyDeletesaya suka la aktiviti ini ... boleh diaplikasikan ni ..
ReplyDeleteinsyaAllah..cbala try..
Deletesatu perkongsian yang menarik.. isi dan idea juga mudah difahami.. terima kasih..
Deletemoga perkongsian yg sedikit ini dapat memberi manfaat...
Deletewaah .. bagi saya, aktiviti ini menarik kerana aktiviti ini berpusatkan murid .. murid bebas untuk meluah apa sahaja yang mereka fikirkan :-)
ReplyDeleteBetol2,sebagai seorang guru seharusnye mengenali murid-murid mereka sama ade dari segi perlakuan,kemahiran dan yang paling penting apa yang mereka perlukan...moga aktiviti ini dapt memberi manfaat dalam membentuk tingkah laku murid yg positif..tq
DeleteAs salam,idea yg bagus la...betul x tipu...memberi sedikit kebebasan tuk pelajar beri pendapat n ape yg mereka mahu (pendapat)...jgn lupe komen blog aq er...hahaha
ReplyDeletewsalam, aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengutarakan pendapat malah guru juga dapat mengetahui masalah-masalah yg berlaku di dalam kelas tersebut...justeru itu, kiter sebagai bakal seorang guru perlulah memikirkan cara untuk mengatasi masalah-masalah yg berlaku dalam kalangan murid....
Deletesalam, idea sangat bagus... jika terdapat murid terkesan aktiviti ini (maksudnya terasa dengan luahan hati rakannya) dan melakukan perkara yang tidak diingini. bagaimanakah cara guru mengatasinya.
ReplyDeletesalam, terima kasih atas pertanyaan...begini,melalui aktiviti ini..murid-murid xkan tau siapa yang menulis luahan tersebut dan guru juga xkan menyebut nama murid yg menulis luahan tersebut.Oleh hal yg demikian, semua murid akan mengambil iktibar daripada aktiviti tersebut dan menerima dengan hati terbuka...Jika berlaku juga perkara yg tidak diingini daripada aktiviti tersebut...sudah semestinya, guru yg perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat atau teguran..ini pendapat saya...
Delete